Menang Tanpa Bertanding: Bukti Ahli Matang - Najib

alt
 
KUALA LUMPUR 21 Sept - Tiada persiangan dalam merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bukti kepada sifat kematangan ahli parti walaupun berlaku dalam sistem pemilihan pada tahun ini.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan menang tanpa bertanding itu membolehkan beliau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menumpukan perhatian kepada usaha mengukuhkan parti.
 
"Saya dan Muhyiddin dapat meneruskan perjuangan parti bagi memastikan UMNO terus menjadi parti yang terbesar dan kuat di negara ini," katanya kepada pemberita.
 
Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
 
Najib dan Muhyiddin menang tanpa bertanding berikutan tiada borang pencalonan lain diterima apabila porses penyerahan borang ditutup 5 petang ini.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.