Kes Liwat II: Shafee Abdullah Kekal Ketuai Pasukan Pendakwaan

alt
PUTRAJAYA 18 Sept - Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai peguam pendakwaraya dalam kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu.
Keputusan dibacakan oleh Hakim Datuk Ramly Ali selepas mahkamah mendapati permohonan yang dibuat menerusi peguam Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh gagal untuk membuktikan dengan jelas bersama fakta yang mengatakan penglibatan nyata Shafee sebagai saksi dalam kes berkenaan.
Shafee ketika ditemui pemberita memaklumkan ternyata beliau bukan saksi dalam kes berkenaan.
"Jelas, saya bukan saksi. Kenyataan yang diambil hanya untuk menunjukkan yang saya bukan saksi," katanya.
Sebelum ini pada 30 Ogos lalu Anwar selaku responden mengemukakan afidavit mengenepikan Shafee sebagai Timbalan Pendakwaraya dalam rayuan kes liwat II membabitkan dirinya.
Menurut afidavit tersebut Anwar berkata Shafee ditawarkan kepada pihak pembela sebagai saksi kes itu. 
Selain itu menurut Anwar lagi, Shafee tidak seharusnya dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya kerana Jabatan Peguam Negara mempunyai pengamal undang-undang lain yang layak untuk mengendalikan rayuan itu.
Malah, katanya, perbelanjaan untuk menggunakan khidmat Shafee adalah menggunakan wang pembayar cukai.
Shafee ketika ditemui pemberita sebelum itu memberitahu pihak pemohon responden perlu memberikan hujah bersama fakta jelas sekiranya mahu membuktikan beliau sebagai saksi.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dinasihatkan oleh peguamnya bahawa nama saya tersenarai sebagai saksi. Dia sendiri tidak memberikan fakta kenapa saya sebagai saksi?
"Ini macam 'fishing expedition' (memancing ikan)," ujar beliau.
Sementara itu semalam mahkamah sama telah membenarkan permohonan peguam responden untuk menyingkirkan hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan kemudiannya diganti dengan Datuk Ruhana Yusof.
Ramly membenarkan permohonan itu selepas pemohon Karpal berhujah menyatakan Tengku Maimun pernah terbabit dalam kes saman fitnah oleh Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2007.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.