Angkatan Tentera Malaysia Bukan Platform Politik

alt

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pemimpin dan orang ramai diminta supaya tidak menyalahgunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai platform mainan politik.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menegaskan, ATM merupakan badan profesional bahkan telah dibuktikan bersandarkan kepada kesiapsiagaan berkaitan isu keselamatan negara.

"Kita sentiasa war-warkan bahawa ATM merupakan badan profesional. Janganlah kita disalah anggap atau menggunakan ATM sebagai mainan politik.

"Kita telah membuktikan ATM sentiasa siap siaga untuk tentukan dan respon kepada ancaman berkaitan keselamatan negara. Janganlah sesekali pergunakan ATM sebagai satu platform untuk mencemuhkan kerajaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Hari ATM ke 80 di Ibupejabat Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak hari ini.

Hari ATM ke 80 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 21 September ini dengan membawa tema 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara'.  [ARTIKEL DI SINI]

Sementara itu, ketika diminta memberi pandangan mengenai kematangan ATM dalam menjamin kedaulatan negara Zulkifeli berkata, Transformasi Angkatan melalui pembangunan keupayaan strategik 'ATM Ke Dimensi Keempat' (4D MAF) memberi penekanan kepada kemampuan menghadapi sebarang ancaman tahap sederhana keempat-empat dimensi peperangan iaitu permukaan (didarat dan laut) dan dibawah permukaan (bawah lautan), ruang udara dan ruang siber.

"Konsep utama transformasi ini adalah kebersamaan, cegah rintang dan versatiliti dengan kelebihan penguasaan maklumat secara langsung melalui sistem jaringan (network) mengikut masa sebenar (real time) dan ampuh tanpa batasan." katanya.

Pada masa sama, Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik 4D MAF turut merangkumi pembangunan angkatan (force development) bagi mengenal pasti dan merancang perolehan keupayaan ATM meliputi keutamaan (priority), perolehan aset-aset pertahanan, perubahan kepada doktrin dan struktur organisasi serta menekankan tanggungjawab setiap Perkhidmatan untuk membangun, melatih dan memperkasakan angkatan masing-masing (darat, laut dan udara) bersandarkan kepada perubahan lanskap geostrategik semasa.

"Fokus kita pada ruang siber adalah untuk memberi kesan yang lebih baik. Akan ada satelit hanya untuk ATM supaya Network Centric Operation (NCO) lebih mantap.

"Pembangunan ini telahpun dibangunkan sejak 2 tahun lepas dan masih ditahap fasa 1A. Landasan luas melibatkan ketiga-tiganya (TD, TLDM dan TUDM) ini memerlukan tempoh jangka masa lama," katanya.

Jelas beliau, Decision Making Proccess (DMP) bakal dilaksana secara efisyen dan efektif apabila barisan dihadapan dapat menghantar gambar, video mahupun berkomunikasi secara terus pada masa sebenar kepada markas.

"DMP perlu input yang cepat dan tepat untuk membuat analisis," ujarnya.

Lantas yang demikian, beliau juga berharap dengan kewujudan satelit khas untuk ATM maka ia dapat dikongsi secara bersama dengan badan-badan keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memelihara kedaulatan serta kesejahteraan negara.

Zulkifeli dalam satu kenyataan sebelum ini menyatakan satelit komunikasi tersebut akan dilancarkan pada pertengahan 2014. Satelit itu yang menggunakan spesifikasi X-band mampu beroperasi selama 20 hingga 25 tahun dan ATM dijangka turut mampu meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam tempoh waktu berkenaan.

Beliau juga menafikan kegunaan satelit yang dibangunkan ATM itu bertujuan untuk risikan sebaliknya ia lebih tertumpu dalam memperkasakan sistem komunikasi. X-band Satelit Transponder merupakan sistem komunikasi digital khas untuk tentera bagi penghantaran data tinggi, suara dan video.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.