CEC DAP : Ronnie Liu Tidak Letak Harapan Tinggi

alt

PETALING JAYA 29 Sept. -  Calon Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) DAP, Ronnie Liu tidak meletakkan harapan tinggi dalam bersaing merebut jawatan tersebut pada pemilihan hari ini.

Bagaimanapun bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab jika diberi mandat memegang jawatan berkenaan.

"Saya dicalonkan oleh cawangan dan akar umbi, menang atau kalah bukan soalnya, pastinya saya akan terus berkhidmat untuk rakyat khususnya kawasan saya.

"Pertandingan ini juga bukan tiket untuk saya bertanding sebagai ahli parlimen pada PRU14 nanti, namun saya terus berkhidmat untuk parti sama ada berjawatan atau tidak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pemilihan khas Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) DAP yang berlangsung hari ini menyaksikan beberapa bekas pemimpin kerajaan negeri turut bertanding bagi merebut dan mempertahankan jawatan pada kongres tahun lalu.

Kongres Khas DAP yang berlangsung hari ini diadakan berikutan tindakan 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti dan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.
 
alt

Sementara itu, pemilihan CEC hari ini menyaksikan 17 orang calon menarik diri dan dua meletak jawatan menjadikan bilangan yang calon yang bakal dipilih perwakilan berjumlah 47 orang berbanding 66 calon tahun lalu.

Mereka ialah Ganabatirau A/L Veraman, Jagdeep Singh Deo, Kamache A/P Doray Rajoo, Khoo Poay Tiong, Manogaran A/L Marimuthu, Ng Chin Tsai, Ng Wei Aik, Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji, Siow Kim Leong, Soh Boon Hong, Tan Lee Koon dan Roseli bin Abdul Gani manakala Dr Hiew King Chew pula telah menghantar surat perletakan jawatan kepada parti kelmarin.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.