Shahrizat Nafi Ada Rundingan Sulit bersama Azalina

alt

KUALA LUMPUR 19 Sept - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini membidas kenyataan beberapa pihak yang mendakwa beliau telah menghantar wakil untuk mengadakan perbincangan sulit bersama Datuk Seri Azalina Othman bagi merebut jawatan yang disandangnya itu.

Menurut Shahrizat, tiada satu pun daripada pihaknya berjumpa dengan Azalina bagi mengadakan perbincangan secara sulit sehingga menyebabkan Azalina mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi UMNO.

"Tidak. Tolonglah.. Saya tidak terdesak dan saya yakin Datuk Seri Azalina juga tidak terdesak.

"Tidak ada wakil atau deligasi daripada pihak saya untuk bertemu dengan beliau (Azalina).. Tiada deligasi saya ingin tegaskan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Pasific Ballroom di sini, hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan tersebut bagi mengulas dakwaan yang mengaitkan kedua-dua pihak mempunyai perjanjian tertentu yang menyebabkan Azalina menarik diri daripada mencabar kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO.

Di samping itu, Shahrizat turut menegaskan, sekiranya Azalina mahu bertanding untuk merebut jawatan itu, Wanita UMNO akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada dirinya.

"Wanita akan sokong beliau...secara prinsipnya kita akan sokongan siapa sahaja jika mereka bertanding diperingkat Majlis Tertinggi.

"Sudah pasti kita akan sokong Datuk Azalina jika beliau mengesahkan bertanding nanti," ujarnya.

Sebelum ini, Azalina yang juga merupakan Ahli Parlimen Pengerang mengundurkan diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO namun dijangka akan bersaing bagi merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO.
                          

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.