KUALA LUMPUR 21 Sept- Pengumuman rasmi calon Umno yang layak bertanding Oktober depan akan dilakukan Selasa ini.
Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, pengumuman keputusan untuk jawatan berkenaan akan dibuat selepas proses penyerahan itu tamat.
"Tetapi pengumuman rasmi tetap akan dibuat pada Selasa iaitu hari pengumuman calon yang layak bertanding ," katanya di sini.
Sementara itu, Abdul Rauf turut mengingatkan individu atau wakil mereka yang hadir untuk menghantar borang pencalonan supaya tidak berkempen di sekitar kawasan penyerahan borang berkenaan.
"Proses penyerahan borang setakat ini berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku," jelasnya.
Beliau menegaskan tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap sesiapa yang berbuat demikian.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang melalui wakil masing-masing, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.
Setakat ini, tiada pihak lain menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding untuk kedua- dua jawatan tersebut.
Presiden dan timbalan presiden Umno akan dikira menang tanpa bertanding sekiranya tiada pencabar yang menyerahkan borang pencalonan di akhir tempoh berbuat demikian pada 5 petang ini.
0 comments:
Post a Comment