33,682 Ahli UMNO Bertanding Pemilihan Agung Parti

alt
KUALA LUMPUR 25 Sept - Sejumlah 33,682 ahli UMNO akan merebut pelbagai jawatan pada Pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada 19 Oktober ini di seluruh negara meliputi peringkat pusat dan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali berkata, sejumlah 76 ahli akan bertanding bagi jawatan tertinggi UMNO, 77 ahli bertanding di sayap pemuda, 38 di peringkat sayap puteri dan 53 ahli diperingkat sayap wanita.

"Walaubagaimanapun calon Naib Ketua Wanita Datuk Hamidah Osman telah menarik diri dari bertanding," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Pecahan bagi jumlah ahli yang akan bertanding pada peringkat negeri adalah Johor (4,250), Kedah (2,848), Kelantan (2,595), Melaka (1,193) Negeri Sembilan (1,436), Pahang (2,628), Perak (3,983), Perlis (638), Pulau Pinang (1,960), Sabah (4,453), Selangor (4,035), Terengganu (1,540) dan Wilayah Persekutuan (2,130).

Menurut Tajol, daripada jumlah tersebut 268 orang telah menarik diri daripada bertanding ekoran pelbagai sebab.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.