Negara Luar Berminat Contohi Agenda Transformasi Malaysia

alt

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Beberapa negara luar turut berminat mencontohi Agenda Transformasi Nasional yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 2009, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, sebagai contoh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala telah menerima jemputan daripada Tanzania dan Pakistan untuk berkongsi pencapaian negara berhubung pelaksanaan agenda transformasi itu.

"Difahamkan Tanzania menggunakan model yang sedang kita laksanakan ini. Ini pada saya satu indikator pengiktirafan, kerana kalau tidak baik, saya percaya tidak ada orang yang akan mengikuti.

"Malah kita menerima lawatan termasuk daripada Sultan Brunei dan beberapa orang presiden untuk melihat perkembangan transformasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan ini dapat memberi faedah dan dikembangkan di tempat-tempat lain," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mahu tahu apakah pengiktirafan yang diterima oleh kerajaan berhubung pelaksanaan Agenda Transformasi Nasional.

Kepada soalan asal Shamsul Anuar mengenai perkembangan pelaksanaan program transformasi itu, Razali berkata antara yang dicapai ialah membina 3,300 kilometer jalan raya yang mensejahterakan kehidupan lebih empat juta penduduk di luar bandar, membekalkan air bersih kepada 300,000 rumah dan elektrik kepada lebih 10,000 isi rumah.

Selain itu, sebanyak 153 projek permulaan dengan pelaburan sebanyak RM218.3 bilion sehingga tahun 2020 telah diterima.

"Daripada jumlah itu, RM25.4 bilion atau 86 peratus daripada sasaran tersebut telah direalisasikan sehingga akhir tahun 2012 dengan penyediaan peluang kerja sebanyak 434,264 sehingga akhir Ogos tahun ini," katanya.

Razali dalam pada itu menolak dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bahawa agenda berkenaan gagal kerana sebahagian besar bumiputera masih berada dalam kalangan 40 peratus golongan berpendapatan rendah.

"Kita ada sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera yang belum dicapai. Kerajaan telah menggariskan untuk mencapai sasaran itu melalui Majlis Ekonomi Bumiputera yang diumumkan baru-baru ini. Semua ini perlu dilihat barulah Malaysia boleh menjadi negara yang beri keadilan kepada semua," katanya.

Agenda Transformasi Nasional meliputi enam program transformasi iaitu kerajaan, sosial, komuniti, politik, digital dan ekonomi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.