Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden Umno

alt
KUALA LUMPUR 19 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Oktober depan.
Katanya, berdasarkan makluman timbal balas yang diterima, badan-badan perhubungan UMNO negeri membuat ketetapan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.

"Daripada suara yang diutarakan dalam persidangan cawangan UMNO, sebahagian besar daripada ahli mahukan supaya saya meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.

"Saya amat berterima kasih lagi terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan disuarakan oleh ahli UMNO di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Middle Temple 2013 di ibu Negara.

Najib berkata dengan perasaan rendah diri, beliau menerima sokongan itu, dengan menawarkan diri bertanding mempertahan jawatan sebagai presiden parti.

Pemilihan anggota Majlis Tertinggi, pemimpin bahagian dan wakil peringkat bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang dijadual pada Disember akan diadakan serentak pada persidangan perwakilan bahagian 19 Okt ini.
Pada Pemilihan Mac 2009  lalu, Najib menjadi calon tunggal yang bertanding sebagai Presiden Umno setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat untuk menarik diri sekaligus memegang mandat sebagai Perdana Menteri.
         
              

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.