Kerjasama Pas-Umno : Hishamuddin Rais Gelar Hadi Awang 'Meroyan'

alt

SHAH ALAM 22 Sept - Pemilik blog Tukartiub Hishamuddin Rais, menggelar Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang sebagai 'Meroyan' berikutan kenyataannya berhubung kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Umno.
 
Beliau yang juga aktivis politik juga mempersoalkan tindakan Hadi Awang yang mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
 
alt

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Sebelum ini, Abdul Hadi memaklumkan, Pas sedia untuk  bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
 
alt
 
Abdul Hadi menjelaskan, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.  
 
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," kata Ahli Parlimen Marang itu.
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.