Tiada Rekod Chin Peng Sebagai Warganegara

alt
 
KUALA LUMPUR 24 Sept- Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan tiada rekod yang menunjukkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan semakan rekod JPN, Chin Peng tidak pernah menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan.
 
"Berdasarkan data JPN, Perjanjian Hat Yai telah memberikan dua kali (peluang) kepada beliau (Chin Peng) tetapi malangnya beliau menolak, 
 
"Mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita semalam.
 
Ahmad Zahid menegaskan pendirian kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang mahu abu mayat Chin Peng di tanam di Malaysia.
 
"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya tetapi kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya.
 
"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya.
 
Beliau turut menjelaskan supaya mengambil kira perasaan anggota polis dan tentera yang pernah menjadi mangsa kekejaman Chin Peng sehingga ada diantaranya cacat kekal.
 
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.