Kongres Khas DAP Tidak Patuhi Perlembagaan Parti

alt
KAJANG 19 Sept - Kongres Khas DAP yang akan diadakan di Hotel One World, First Avenue, Petaling Jaya, Selangor pada 29 September ini bagi memilih 20 anggota parti jelas melanggar perlembagaan parti klausa 8 artikel lapan dan sembilan.
 
Kongres tersebut jelas melanggar perlembagaan kerana pemilihan semula Jawatankuasa Pemilihan Pusat (CEC) hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti dan bukannya Kongres Khas parti. 
 
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sg. Pelek, Tan Tuan Tat berkata,dalam perlembagaan parti jelas menunjukkan perbezaan diantara Kongres Kebangsaan dan Kongres Khas.
 
"Di dalam perlembagaan parti, jelas menerangkan perbezaan diantara kedua-dua kongres itu dan saya percaya Lim Guan Eng faham berhubung terminologi itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Sg. Long di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang dilihat bercanggah dengan perlembagaan parti itu.
 
Anthony berkata demikian berikutan kenyataan Pengerusi parti, Karpal Singh menjangkakan pemilihan semula akan diadakan kira-kira 10 minggu selepas pengumuman tentang perkara itu dibuat pada 15 Ogos lalu.
 
Tambah Tuan Tat, tindakan mengadakan Kongres Khas tersebut jelas tidak mengikut perlembagaan parti kerana pemilihan semula haruslah diadakan atas platform Kongres Kebangsaan.
 
Sementara itu, Tuan Tat turut mencabar Anthony mengemukakan senarai 500 surat perwakilan anggota itu yang menyatakan tidak dapat hadir dalam pemilihan CEC DAP pada 15 Disember tahun lalu dan akan mengemukakannya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai bukti.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.