Khairy : "Mukhriz Bebas Untuk Bertanding"

alt

JAKARTA, 24 Sept - Setiap anggota pergerakan Pemuda Umno tidak diminta menyokong calon tertentu pada pemilihan parti bulan depan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, ahli parti bebas membuat pilihan bertanding bagi menganggotai pimpinan di peringkat Pusat.

"Dia (Mukhriz) bebas untuk bertanding, parti kita tak letak apa-apa sekatan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, pada acara jamuan petang di Dewan Malaysia Jakarta di sini, semalam.

Khairy diminta mengulas berhubung sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Mukhriz dan Khairy pernah terlibat dalam pertandingan sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti yang lepas.

Dalam pemilihan parti peringkat pergerakan pemuda kali ini, Khairy yang mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua, ditentang oleh empat calon lain iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Pemilihan parti peringkat Naib Presiden Umno menyaksikan pertandingan enam penjuru apabila tiga penyandang jawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tetap menawarkan diri mempertahankan jawatan masing-masing dicabar oleh tiga calon lain.

Selain Mukhriz, dua pencabar lain ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.




Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.