235 Borang Pendaftaran Calon Diambil

 
alt
 
KUALA LUMPUR 19 Sept - Sebanyak 235 borang pendaftaran calon yang ingin bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO,Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri diambil di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn sehingga pukul 5 petang semalam.
 
Jumlah itu membabitkan 76 borang MT, Wanita (44), Pemuda (86) dan Puteri (29) telah diambil.
 
Pada hari pertama sesi mengambil borang pencalonan diadakan terdapat calon yang hadir sendiri untuk mengambilnya, antaranya Datuk Seri Ali Rustam; Datuk Seri Idris Haron; Datuk Seri Ismail Sabri; Datuk Seri Idris Jusoh; Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahu mempertahankan jawatan MT.
 
Antara muka baharu yang hadir bagi merebut jawatan MT ialah Exco Pemuda, Datuk Sohaimi Shahadan manakala Datuk Abdul Fattah Abdullah pula mahu mempertahankan jawatan Pengerusi Tetap Pemuda.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.