Perkasa Bantah TPPA

alt

KUALA LUMPUR 18 Sept - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melaungkan amaran kepada kerajaan agar tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya perjanjian itu dilaksanakan apa yang perdana menteri umumkan terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera tidak akan dapat direalisasikan.

"Saya ingatkan kerajaan agar tidak menandatangani TPPA atas dasar risiko yang perlu diambil Malaysia. Jika perjanjian itu terlaksana, ia memberi ancaman kepada perdagangan negara dengan dasar keterbukaannya.

"Perkasa juga melihat agar kerajaan perlu lebih telus dalam proses pemerolehannya ekoran banyak ketirisan yang telah berlaku," katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
 
alt

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar bukan sahaja melihat agenda Bumiputera dari sudut meritokrasi kerana banyak lagi di kalangan mereka yang masih belum mampu bersaing.

Katanya, untuk mencapai matlamat bumiputra berpendapatan tinggi suntikan dana RM 1.4 trillion diperlukan bagi mencapai Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM900 bilion menjelang 2020.

"Buat masa ini, GNI Bumiputera adalah RM56 juta. Jadi untuk mencapai RM900 bilion menjelang 2020, kerajaan perlu menyediakan dana bernilai RM1.4 trilion kepada Bumiputera.

"Bumiputera terdiri daripada 67.9% daripada penduduk, tetapi kita mengawal kurang daripada 50% daripada ekonomi. Ini bukan soal menghadap kepentingan kaum-kaum lain." katanya

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kerajaan perlu menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kedua bertujuan membantu kontraktor Bumiputera.

"Kami juga mahu 30 peratus daripada tender kerajaan untuk terus diberikan kepada Bumiputera. Tetapi pada masa yang sama perlu ada meritokrasi di kalangan Bumiputera bersaing untuk tender.

"Kita mahu hanya yang benar-benar berjaya,  menerima kontrak bagi Bumiputera menghargai Bumiputera," ujarnya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot mengesahkan pihak kerajaan tidak akan menandatangani Perjanjian TPPA dalam masa terdekat.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.