ADUN Luyang : DAP Tidak Berkhidmat kepada Rakyat

alt

KOTA KINABALU 28 Sept - DAP bukan lagi platform yang sesuai untuk berkhidmat kepada rakyat seterusnya mentadbir di Negara ini.
   
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, yang hari ini mengumumkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas, berkata, selepas menimbang dengan teliti dan berbincang dengan beberapa pihak, beliau memutuskan untuk keluar DAP.
   
"Sebagai wakil rakyat pembangkang, bukanlah mudah untuk membawa apa yang dikatakan pembangunan di kawasan saya (Luyang)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
   
Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama rapat dengan BN atau mesra BN, Hiew menjelaskan beliau sekadar berpendirian akan bergerak atas tiket bebas.
   
Katanya beliau telahpun menghantar surat peletakan jawatannya melalui email ke ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur. Pada PRU13, Hiew memenangi kerusi Luyang dengan majoriti 8,676 undi.

Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong Adun Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing.
   
Ini membawa kepada kritikan terbuka rakan-rakannya dalam jawatankuasa perhubungan negeri sehinggakan mereka mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap beliau.

Bagaimanapun sebelum tindakan sedemikian diambil, Hiew melepaskan jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan DAP Sabah.
   
Sejak itu, terdapat spekulasi bahawa Hiew mungkin keluar daripada parti itu yang memenangi empat kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum lepas.

Spekulasi mengenai Hiew keluar parti semakin memuncak selepas pengumumannya minggu lepas bahawa beliau menarik diri daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan tidak akan menghadiri kongres khas DAP yang dijadual Ahad ini.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.