KUALA LUMPUR 21 Sept - Penyandang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan masa depan politik kepada 148,000 perwakilan dengan keyakinan mampu mempertahan jawatan itu.
Ahmad Zahid berkata, sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Presiden Umno beliau secara berusaha dengan komited untuk membantu dalam memperkukuh dan memperkembangkan parti.
"Dengan ini kami serahkan nasib kami kepada 148,000 perwakilan untuk menentukan masa depan kami dalam UMNO. Selaku penyandang sudah tentu kami yakin dapat mempertahankan jawatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, kesemua penyandang Naib Presiden berfikiran terbuka dan menerima saingan secara positif apabila terdapat cabaran sengit yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir selaku calon termuda.
"Sebagai penyandang kami pasrah dan serahkan kepada perwakilan untuk menentukan masa depan politik kami. Namun, pendirian kami sama iaitu sesiapa juga yang masuk bertanding, mereka semua adalah sahabat kami dalam keluarga UMNO," katanya.
Terdahulu, kesemua mereka sudah menyerahkan borang pencalonan dalam pemilihan itu bulan depan melalui wakil masing-masing.
0 comments:
Post a Comment