Projek IC : Tindakan Diambil Selepas Keputusan RCI Siap

alt

KUALA LUMPUR 24 Sept - Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah selepas mendapat keputusan penuh daripada Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan hanya akan dikenakan kepada individu yang terlibat dalam kes pemeberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

"Semua perkara yang dibangkitkan dalam RCI akan diambil tindakan. Kita akan tahu berapakah angka sebenarnya selepas siasatan selesai.

"Setelah siasat, ada kesalahan, kita pasti akan ambil tindakan, jadi kita minta bersabar dahulu, apa yang dibangkit dalam suruhanjaya itu bukan satu keputusan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul (PKR) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah tangkapan dalam jenayah Projek IC di Sabah.

Jelas beliau, orang ramai juga boleh membantu siasatan dengan melaporkan kepada polis sekiranya mengesan sindiket pemberian kad pengenalan tempatan kepada warga asing.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keterangannya kepada RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menndakwa pemberian kad pengenalan kepada warga asing dilakukan oleh pegawai berperingkat rendah.

Menurut Mahathir, pemberian kada pengenalan kepada warga asing yang tidak layak bukanlah polisi kerajaan .

Keputusan penuh RCI dijangka diperoleh 21 Disember ini selepas badan siasaan itu meminta tempoh lanjutan bagi menyelesaikan laporan dan siasatan terperinci mengenai projek tersebut

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.