Suspek Utama Tembak Pengasas Ambank Ditahan

alt

KUALA LUMPUR 23 Sept –  Pihak polis berjaya menahan suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank Hussain Ahmad Najad dan dua rakanya di sebuah rumah Larut Tin Tambahan, Taiping Perak hari ini. 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga- tiga suspek berusia 26 hingga 31 kini di tahan dan disiasat dibawah Seksyen 302 dan 212 kanun keseksaan.
 
Kejadian pada 29 Julai lalu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi  Tokong Kuan Yin di Jalan Ceylon, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga  mengenai pembelian saham.
 
Ketika mereka berjalan di parkir kereta untuk pulang, mangsa telah ditembak oleh salah seorang daripada tiga lelaki  yang bersedia menunggunya di luar tokong.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.