DAP Terus Didesak : Siapa 202 Perwakilan N.Sembilan?

alt
 
SEREMBAN 28 Sept - DAP sehingga hari terus didesak pelbagai pihak termasuk daripada akar umbi parti sendiri berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan persoalan-persoalan yang dibangkitkan masih gagal dijawab.
 
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, terdapat 59 cawangan sahaja yang berdaftar di negeri itu malah setiap cawangan tidak melebihi daripada 100 orang ahli. 
 
"Seramai 202 orang perwakilan daripada Negeri Sembilan ini, siapakah mereka? Bundarkan menjadi 60 buah cawangan dan didarabkan dengan 3 (perwakilan). 
 
"Sepatutnya hanya 180 orang perwakilan sahaja yang layak sedangkan kenyataan yang dikeluarkan (Setiausaha Organisasi) Anthony adalah seramai 202 orang. Saya hanya persoalkan dimana datangnya 202 perwakilan ini?," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Himpunan Aman Mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke Siew Fook Letak Jawatan di Dataran Seremban hari ini.
 
Selain itu, Anthony turut dicabar mengemukakan bukti penghantaran dan senarai nama para perwakilan yang layak untuk memilih 20 ahli CEC.
 
"Sebagaimana yang dilapor RoketKini yang mengatakan mereka telah menghantar notis kepada semua delegasi. Kami minta kemukakan bukti kukuh (surat dihantar), senarai nama," tegas beliau.
 
Sebelum ini lidah rasmi DAP, RoketKini pada 5 September lalu menerusi kenyataan Anthony, bertajuk 'DAP hantar 3,561 surat kepada perwakilan namun Setiausaha Cawangan hari ini mengatakan surat berkenaan akan dihantar kepada 2,576 perwakilan dan 985 Setiausaha Cawangan seluruh negara.
 
Jumlah semua surat yang akan dihantar adalah sebanyak 3,561 dan semua surat itu akan diaudit terlebih dulu oleh firma audit antarabangsa yang dilantik berserta dengan perakuan penghantaran sebelum diposkan.
 
Setiap surat akan mempunyai perakuan bagi mengelak mana-mana perwakilan untuk mendakwa Ibu Pejabat DAP tidak menghantar surat jemputan ke kongres berkenaan.
 
Kongres Khas DAP bagi tahun 2013 untuk memilih semula 20 ahli CEC akan berlangsung di Hotel One World First Avenue, Petaling Jaya esok mulai jam 10 pagi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.