Dua Calon CEC DAP Umum Tidak Bertanding

alt


GEORGE TOWN 28 Sept - Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Ahli Jawatankuasa Negeri, R.S.N. Rayer hari ini mengisytiharkan diri tidak bertanding pada Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) esok.

Kedua-dua calon itu juga meminta perwakilan agar tidak mengundi mereka demi perpaduan dalam parti.

"Saya menghormati mandat diberikan wakil (CEC) pada pemilihan Disember lalu.

"Hasil keputusan itu, DAP yang merupakan salah satu parti komponen Pakatan Rakyat mencatat keputusan terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu," kata Jagdeep pada sidang media di pusat khidmatnya di Datuk Keramat, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pemuda DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik telah menyatakan hasrat yang sama kepada kesemua perwakilan kerana merasakan mereka yang terpilih pada Disember perlu diundi semula.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.