2,500 Borang Diterima UMNO Selangor

alt
 
SHAH ALAM 21 Sept - Sejumlah 2,500 borang pencalonan pemilihan UMNO Selangor bagi merebut semua jawatan peringkat Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian diterima sehingga 12 tengah hari ini.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 orang merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian.
 
Bagaimanapun, pengiraan bagi jumlah calon merebut jawatan sayap di bahagian-bahagian masih belum dijalankan.
 
Sementara itu, Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menyerahkan borang pencalonan masing- masing. 
 
Ali Rustam bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil manakala Khairy pula penyadang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau di Wisma UMNO di sini, pukul 8 pagi tadi.
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.