HOT NEWS !!! CEC DAP !!! TUNKU AZIZ MEMBELASAH LIM GUAN ENG KAW-KAW !!! VIDEO INSIDE !!!


Pemimpin DAP mempunyai agenda tertentu kerana tetap berdegil untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok walaupun ia tidak sah di sisi perlembagaan parti itu sendiri,kata Bekas Naib Presiden DAP,Tunku Aziz Tunku Ibrahim.Beliau mendakwa kedegilan pemimpin parti itu terutamanya Lim Guan Eng mengadakan pemilihan tersebut adalah untuk meletakkan kesalahan di bahu ROS sekiranya parti itu dibatalkan sebagai sebuah pertubuhan. Pemilihan semula CEC yang dijangka berlangsung esok katanya adalah tidak sah kerana ia seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan Parti dan bukannya pada Kongres Khas."Mereka tahu apa yang betul tapi mereka tak mahu melakukan mengikut caranya.Mereka hanya nak ikut cara mereka,jadi mereka boleh salahkan ROS, mereka akan kata ia bermotifkan politik,mereka kata ini campur tangan Umno itu ini," katanya.Kongres Kebangsaan memerlukan notis sekurang-kurangnya 10 minggu sebelum diadakan manakala notis Kongres Khas pula hanya dalam tempoh tujuh hari. Berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu,Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu,bukan untuk tujuan pemilihan.

Kata Tunku Aziz,sekiranya ROS tidak mengiktiraf keputusan CEC dan membatalkan parti itu,DAP pasti menjadikannya sebagai senjata untuk menyalahkan ROS bagi meraih simpati masyarakat dan itulah yang menjadi agenda mereka. Mengulas lanjut,Tunku Aziz turut menyifatkan tindakan tergesa-gesa DAP ini adalah untuk mengelakkan penyertaan calon baru yang boleh memberi saingan kepada calon yang sedia ada. "Senarai nama yang bertanding pun yang lama,bukan calon baru yang bertanding. Maknanya semua perkara tak kemas. Kotor," ujarnya.Katanya,ini juga boleh digunakan alasan oleh DAP untuk membentuk sebuah parti baru, di mana ahlinya akan dipilih dari golongan yang pro kepada mereka sahaja.

Sekiranya itu terjadi, Tunku Aziz menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan propaganda pemimpin DAP,yang kononnya ingin menjadi sebuah parti mewakili pelbagai kaum di negara ini. "Sesiapa yang menimbulkan masalah,akan ditendang keluarlah."Budak (golongan muda) Melayu boleh percaya kata DAP boleh jaga mereka,itu fikiran pendek.Cuba fikir betul-betul.Mana boleh Cina jaga Melayu," ulas beliau.Manakala bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek,Tan Tuan Tat pula menegaskan DAP harus membuang sikap degil dan mengikut arahan yang dikeluarkan ROS sekiranya tidak mahu perkara yang sama berulang.Katanya,ROS bertindak mengikut seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti serta melalui aduan yang disuarakan akar umbi. "Sebenarnya dia harus faham atau tahu membaca perlembagaan sendiri.Jangan nak salahkan ROS. Dia sendiri anggap ROS agen kepada Barisan Nasional. ROS tidak menyebelahi sesiapa. "Dia (Guan Eng) yang harus letak jawatan kerana dia langsung tak tahu dia punya perlembagaan," kata beliau

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.