Rayuan Petisyen Parlimen Machang bersambung 21 Oktober ini

alt

PUTRAJAYA 25 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober ini bagi meneruskan perbicaraan kes rayuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen membatalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Mei lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan tersebut bagi membolehkan kuorum berkenaan mendengar bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak Kerajaan selaku responden.

Pihak Kerajaan mengemukakan bantahan terhadap kehadiran barisan peguam bela yang mewakili perayu kerana keempat-empat mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berhujah di hadapan panel tersebut.

Responden pertama ialah Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, responden kedua dan ketiga terdiri daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala perayu ialah calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan PKR bagi membatalkan keputusan pilihan raya Parlimen berkenaan.

Pihak pempetisyen diarahkan membayar kos RM30,000 kepada responden pertama iaitu Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan masing-masing RM15,000 kepada responden kedua dan ketiga itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada PRU13 lalu, Ahmad Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Machang mengalahkan calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail dengan majoriti 805 undi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.