Shabery : Rakyat Harus Bersyukur Malaysia Bebas dari Komunis



KUALA LUMPUR 18 Sept. - Rakyat perlu rasa bersyukur kerana Malaysia berjaya ditubuh dan dibangunkan tanpa sebarang fahaman Komunisme.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa fahaman tersebut adalah lebih baik bagi menubuhkan sesebuah negara adalah tidak berasas sama sekali.

"Mereka kata tubuhkan negara dengan fahaman Komunis adalah lebih baik tapi cuba bandingkan apa yang telah terjadi di Rusia, Vietnam dan Jerman," katanya sebelum melancarkan Setem 50 Tahun Malaysia dan Sampul Surat Hari Pertama di Ibu Pejabat Pos Malaysia di sini hari ini.

Pelancaran itu adalan  bagi mengingati sejarah penubuhan negara Malaysia pada 16 September 1963.

Turut hadir Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Jelas Shabery, konsep fahaman Komunis memerlukan sesebuah negara itu ditubuhkan melalui pertumpahan darah tetapi negara Malaysia berjaya ditubuhkan tanpa berlaku sebarang kekerasan dan rakyat di negara ini perlu mengingati detik tersebut.
alt

Katanya, idealogi Komunisme yang menjanjikan kesamarataan dan keselesaan sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dan tidak mampu memberi kebaikan kepada negara yang ingin ditubuhkan.

"Beratus negara di dunia telah melalui penderitaan dari pelbagai aspek akibat proses penubuhan negara melalui fahaman Komunisme dan rakyat Malaysia bertuah kerana hasil kebijaksanaan yang ditunjukkan Tunku Abdul Rahman berjaya memerdekakan negara ini tanpa peperangan dan hanya melalui proses perundingan persahabatan," katanya.

Penghasilan setem 50 Tahun Malaysia yang memaparkan gambar Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman itu merupakan satu usaha bagi menyingkap sejarah kebijaksanaan Perdana Menteri Pertama yang berjaya menggabungkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tanpa sebarang peperangan.

             

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.