Kongres Khas CEC: Mahkamah Terima Permohonan DAP

alt

KUALA LUMPUR 27 Sept.  – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan menolak injuksi bagi menghalang parti DAP daripada mengadakan Kongres Khas parti itu.

Keputusan dibacakan Hakim Datuk Rosnaini Saub.

Turut hadir bagi mendengar keputusan hari ini Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Seputeh Teressa Kok, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan beberapa kepimpinan DAP.

Sebelum ini  Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass membuat permohonan injunksi bagi menghalang DAP daripada mengadakan Kongres Khas Parti itu pada Ahad ini.

David memfailkan permohonan itu pada 10 September lalu bagi menuntut perintah injunksi menghalang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan DAP daripada mengadakan kongres khas pada 29 September ini atau pada bila-bila tarikh kemudian untuk melantik CEC.

Selain injunksi, David selaku pihak plaintif memohon beberapa deklarasi supaya mahkamah mengisytiharkan pelantikan 20 ahli CEC hanya boleh dibuat melalui pemilihan dalam Kongres Kebangsaan Parti menurut Fasal VIII Perkara 5(d) Perlembagaan Parti.

Karpal Singh sebagai peguam bagi Guan Eng dan parti bagaimanapun memohon supaya permohonan injunksi pihak plaintif ditolak memandangkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan tuntutan mahupun permohonan tersebut.

Dalam pada itu ketika ditemui pemberita Guan Eng melahirkan rasa gembira beliau dengan menyifatkan perlaksanaan sistem kehakiman yang telus telah berjaya dijalankan.

"Saya berasa sangat lega diatas keputusan yang diberikan oleh mahkamah yang menegakkan undang-undang sepertimana tertera dalam akta pertubuhan iaitu kita berhak untuk memanggil (mengadakan) Kongres Khas," ujar beliau.

Namun yang demikian Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berasa kesal dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman apabila menafikan hak parti itu untuk mengadakan pemilihan serta tidak memahami hal berkaitan perundangan.

Lantas yang demikian beliau mendesak Rahman supaya letak jawatan berikutan mendakwanya sebagai individu pro Barisan Nasional (BN).

"Saya amat kesal dengan kenyataan ROS Datuk Rahman di akhbar sebelum ini.

"Sebagaimana kata hakim, Kongres Khas memerlukan notis 10hari manakala Kongres Kebangsaan 10minggu. Sebagai seorang didalam ROS, amat nyata dan ketara beliau tidak faham dan jahil mengenai undang-undang.

"Beliau berusaha untuk menjalankan agenda politik Barisan Nasional maka itu beliau perlu letak jawatan," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.