Ahmad Maslan : Kerajaan Hanya Kurangkan Subsidi Minyak

   
      

KUALA LUMPUR 23 Sept - Kerajaan tidak sama sekali menaikkan harga minyak sebaliknya kerajaan hanya mengurangkan subsidi minyak sebanyak 20sen seliter memandangkan harga minyak ditentukan oleh harga pasaran dunia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pengurangan subsidi minyak tersebut merangkumi bahagian minyak iaitu minyak bagi ketegori RON95 dan diesel.

"Kerajaan tidak menaikkan harga minyak sebaliknya harga minyak ditentukan oleh ketentuan harga pasaran dunia.

"Daripada RM1.00 subdsidi untuk diesel kita kurangkan kepada 80sen dan untuk RON95 kita kurangkan subsidi daripada 83sen ke 63sen. Itu merupakan fakta dan hakikat yang sebenar.

"Harga minyak ditentukan oleh harga minyak mengikut pasaran dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar di Dewan Rakyat yang mempersoalkan tentang kenaikkan minyak sekaligus menyebabkan kenaikkan harga tambang bas di Malaysia.

Sebaliknya, Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian menyelar kenyataan Mahfuz dengan menyatakan sehingga kini Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah mengeluarkan kenyataan akan menaikkan harga tambang bas.

"Saya lihat Suruhanjaya SPAD tidak pernah membuat kenyataan bahawa mereka bersetuju tentang sebarang kenaikkan harga tambang bas.

"Saya akan membincangkan perkara tersebut bersama pihak SPAD," ujarnya.

Pada 2 Sept lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan akan menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula 12 tengah malam pada 3 Sept lalu.

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata kenaikkan harga minyak tersebut merupakan langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Kenaikkan harga minyak itu merupakan kenaikkan pertama kali sejak kenaikan sama pada Disember 2010.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.