Pas Sokong Abu Mayat Chin Peng Dibawa Masuk Ke Malaysia

alt
 
 
KUALA LUMPUR 24 Sept- PAS hari ini menyokong kemasukan abu mayat Chin Peng dan menegaskan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah membantu dalam memerdekakan negara. 
 
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin membidas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan kawalan ketat akan dibuat untuk menghalangnya.
 
"Jangan keluarkan kenyataan seperti Perkasa, menggunakan emosi. Gunakan fakta undang-undang," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 hari ini.
 
Sebelum ini, Mohamad Sabu turut tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. 
 
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
 
Keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.
 
Chin Peng meninggal dunia pada usia 90 tahun pada jam 6.20 pagi 16 September lalu di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.
 
Sehubungan berita kematian Chin Peng,  seorang bekas anggota PKM berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.