Najib Umum Skim ASB2 : Suntikan 10 Bilion Unit Saham


SHAH ALAM 14 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan suntikan 10 bilion unit saham.

Beliau juga mengumumkan dana tambahan RM700 juta kepada TEKUN Nasional.

"Ini membolehkan bilangan usahawan TEKUN Nasional meningkat daripada 270,000 pada tahun 2013, kepada 370,000 pada tahun 2015," katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Bumiputera 2013 di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini sebentar tadi.

Datuk Seri Najib Razak juga  mengumumkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) bertujuan bagi membantu syarikat baru memulakan perniagaan.
 
alt

Selain itu, beliau turut memberi jaminan Kerajaan dalam memantapkan pemilihan ekuiti Bumiputera dalam sektor swasta

Turut diperkenalkan termasuk tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.

Perdana Menteri juga berkata, Kerajaan bakal penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi.

"Dana ini berbentuk Matching Fund iaitu nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat," katanya.

dilangan sahabat AIM, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350,000 kepada 500,000 orang pada tahun 2015 kelak.

Beliau turut menerangkan fokus memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera.

Menteri Kewangan itu turut mengumumkan keemantapan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

 
Lagi laporan menyusul

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.