Malaysia Labur Projek Tenaga Bersih Bernilai USD100 Juta

alt
KUALA LUMPUR 24 Sept - Malaysia dan Asian Energy Investment Pte. Ltd dari Jepun telah melancarkan usaha sama bagi projek tenaga bersih di Asia Tenggara bernilai USD100 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana dari Malaysia disalurkan menerusi Putra Eco Ventures Inc kepada syarikat berkapasiti rendah dan sederhana yang mempunyai keupayaan teknologi angin, solar dan tenaga ombak.

"Kita harap untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara berpengathuan tinggi, ekonomi yang didorong oleh inovasi yang mesra alam sekitar seiring dengan hasrat menyamakan taraf negara bersama negara-negara maju," katanya ketika melancarkan dana tersebut di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.

Jelas Najib lagi, projek tersebut akan membantu negara meningkatkan jumlah simpanan biodiesel ekoran tanaman bagi biodiesel terbantut ekoran terlalu bergantung kepada minyak sawit mentah yang terlalu mahal.

Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon kepada 40 peratus menjelang 2020 dan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 4,000 megawattt menjelang 2030.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.