Rahim Tamby Chik Berdepan Saingan Sengit Di Masjid Tanah

alt
MELAKA 17 Sept- Pemilihan UMNO Bahagian Masjid Tanah menjadi tumpuan pemerhati politik kerana menyaksikan pertandingan sengit antara tiga tokoh politik berpengaruh bersaing  merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian.
 
Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh, dijangka bertanding merebut jawatan tersebut selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Ismail Othman menawarkan diri.
 
Ab Rauf dikenali kerana beliau banyak memegang jawatan dalam arena politik seperti bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, bekas Ketua UMNO cawangan Dataran Merdeka dan bekas Exco Pergerakan Pemuda sewaktu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi ketuanya.
 
Sementara itu, Ab Rauf dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai keputusannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dalam tempoh terdekat sebelum penyerahan borang pada 21 September ini, dalam satu kenyataannya di Utusan Malaysia. 
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.