Zahid : Pindaan Pencegahan Jenayah 1959 Bukan Ganti ISA

alt

KUALA LUMPUR 25 Sept - Pindaan Pencegahan Jenayah (CPA) 1959 yang dibentangkan ke Dewan Rakyat hari ini bukan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan membentangkan pindaan tersebut pada 30 September akan datang.

"Ia bukan ganti ISA, bukan. Tunggu saya bentangkan di Dewan pada 30 September nanti. Saya tidak mahu mendahului apa yang saya ingin sebutkan dalam Dewan nanti," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.

Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh turut menolak gelaran pindaan berkenaan sebagai 'Drakonian' sebaliknya berkata ia adalah sebahagian daripada proses transformasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menjelaskan, kerajaan akan memperkenalkan alat kawalan elektronik bagi pesalah jenayah menerusi pindaan CPA 1959.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) berhubung perkara itu akan dibentangkan hari ini dan dibacakan untuk kali kedua dan ketiga dalam mesyuarat penggal ini sebelum ianya diluluskan.

"Individu yang dikenakan dibawah akta ini akan bersetuju dengan semua terma dan syarat alat kawalan elektronik dan akan melaporkan diri ke balai polis yang berdekatan pada tempoh yang ditetapkan di dalam borang," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.

Zahid juga berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah didapati bersalah melakukan kesalahan berkaitan alat elektronik tersebut akan dipenjara sehingga tiga tahun dan sebarang kerosakan terhadap alat itu perlu ditanggung individu tersebut.

Tambahnya, tiga individu akan dilantik dalam Lembaga Pencegahan Jenayah bagi menguruskan kes ini juga akan diusulkan di dalam RUU.

"Pengerusi lembaga tersebut haruslah telah ataupun layak untuk menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.

"Ahli-ahlinya pula akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan perlu berkhidmat untuk tempoh dua tahun dan boleh dilantik kembali untuk tempoh tidak lebih dari satu penggal," ujarnya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.