Hishammuddin Kecam Gesaan Pihak Desak Abu Chin Peng Dibawa Ke Malaysia

alt
 
KUALA LUMPUR 21 Sept - Sekiranya abu pemimpin komunis, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia ia merupakan satu penghinaan kepada pejuang negara yang bertungkus lumus  merdekakan negara Malaysia satu ketika dahulu.
 
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengecam gesaan beberapa pihak yang yang mendesak supaya Abu Pemimpin Komunis, Chin Peng dibawa Pulang Ke Malaysia.
 
"Kenyataan keterlaluan dibuat oleh pihak tertentu yang menyanjung pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) diketuai oleh Chin Peng mengguris perasaan veteran tentera dan polis, ahli keluarga mereka serta majoriti rakyat Malaysia," katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa membuat sidang media selepas menyambut hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke-80 yang bertemakan ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara di Dataran Merdeka disini, hari ini.
 
alt
 
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, dan Presiden Persatuan Bekas Tentera, Datuk Mohd Anwar Mohd Nor
 
Menurut Hishammudin, Abu mendiang Chin Peng tidak mempunyai sebarang kebaikan sekiranya dibawa pulang ke Malaysia kerana sebelum ini pemimpin komunis itu tidak berminat untuk menjadi rakyat Malaysia.
 
"Harus diingat bahawa Chin Peng telah peluang untuk memohon kerakyatan Malaysia pada 1989 hingga 1990.
 
"Namun beliau menolak tawaran tersebut, ia membuktikan bahawa Chin Peng tidak berminat untuk menjadi rakyat Malaysia,"ujarnya.
 
Disamping itu, beliau turut menyifatkan pihak-pihak yang tertentu yang mahu perjuangan Chin Peng diberi pengiktirafan sebagai buta sejarah.
 
"Sesungguhnya api kemarahan dan dendam terhadap kekejaman Chin Peng dan PKM tidak akan padam sampai bila-bila.
 
"Pihak yang menuduh kerajaan sebagai buta sejarah kerana tidak mengiiktiraf perjuangan Chin Peng, mereka sebenarnya yang buta sejarah," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.