Ahli UMNO Dinasihati Tidak Langgar Etika Pemilihan

alt
KUALA LUMPUR 25 Sept - Ahli-ahli UMNO yang bertanding pada Pemilihan UMNO bagi sesi 2013-2016 dinasihati untuk tidak melanggar peraturan pemilihan dan menggunakan Tataetika Ahli UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh tersebut.

Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Megat Najmuddin berkata, ahli UMNO yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung keahliannya.

"Ahli-ahli UMNO yang melakukan kesalahan boleh dikenakan mana-mana hukuman dibawah Fasal 10.9 (a)-(e) Perlembagaan UMNO.

"Tataetika dalam Pemilihan (UMNO) ini akan terus berkuatkuasa daripada tarikh 15 julai lalu," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Jelas Megat Najmuddin, ahli-ahli UMNO dilarang sama sekali untuk mnggunakan kekerasan dan ugutan serta menyerang ahli-ahli lain dari aspek peribadi.

"Ahli-ahli UMNO yang bertanding tidak dibenarkan bertanding secara melulu seperti menabur fitnah dan hanya boleh berkempen menerusi badan perhubungan negeri masing-masing ataupun menerusi ibu pejabat (cawangan atau bahagian)," katanya lagi.

Tegasnya, ahli-ahli yang bertanding di mana-mana peringkat juga dilarang menjadikan dirinya untuk melobi bagi pihaknya ataupun bagi pihak lain kecuali ketika majlis penerangan atau kempen yang dianjurkan di bawah Ibu Pejabat UMNO.

Tambah beliau, UMNO juga melarang ahlinya menggunakan politik wang sungguhpun ianya dalam bentuk janji, tawaran kuasa sebagai dorongan mendapatkan undi samaada bagi diri sendiri ataupun kepada pihak lain.

"Tidak boleh menyalahgunakan kuasa dengan tuuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti.

"Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang ahli dalam pemilihan parti," ujarnya.

Pemilihan Agung UMNO akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 19 Oktober ini.

Sejumlah 33,682 ahli UMNO bertanding untuk merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat dan bahagian.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.