Anwar Tidak Terima Keputusan : Mahu Terus ke Mahkamah Persekutuan

alt

PUTRAJAYA 18 Sept - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menerima keputusan mahkamah rayuan yang menolak permohonan beliau untuk menyingkirkan Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai peguam Pendakwaraya dalam kes Liwat II membabitkan dirinya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu berpendapat Shafee merupakan peguam pro Umno dan kerajaan serta peguam kepada rata-rata kes yang menentangnya.

Sehubungan itu beliau telah meminta peguamnya untuk mencabar keputusan berkenaan ke mahkamah persekutuan.

"Saya nasihat Karpal (peguambela) untuk meneruskan ke mahkamah Persekutuan. Jelas ini maklumat awam, jelas Datuk Seri Shafee adalah peguam Umno, peguam Perdana Menteri, kerajaan dan peguam kepada semua kes yang menentang saya," katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan mahkamah Rayuan Putrajaya di sini hari ini.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.