Gerakan Tidak Setuju Cadangan Gabung bersama MCA dan SUPP

alt

KUALA LUMPUR 23 Sept - Cadangan menggabungkan parti Gerakan, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bukan jalan penyelesaian dalam mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, ianya tidak perlu dilaksanakan kerana parti komponen BN sendiri yang perlu membantu kerajaan dalam menangani isu tersebut.

"Untuk apa (gabungan parti)? yang paling penting semua parti komponen B Nmemainkan peranan sama ada mengubah struktur BN dan menjadikan BN satu jentera yang kuat melalui perbincangan dan juga melakukan perubahan dalam menghadapi cabaran negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Perhubungan Negeri, Pemuda dan Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013, di menara PGRM di sini, malam tadi.

Chang berkata perkara utama yang perlu diberi perhatian kini adalah bagaimana parti komponen BN menangani isu yang diutarakan rakyat ketika ini.
Tambahnya, barisan kepimpinan Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terpilih nanti, perlu merangka strategi baharu dalam mengembalikan kekuatan parti tersebut.

"Isu yang diutarakan rakyat contohnya, ketelusan, sistem penyampaian kerajaan, semua ini perlu diselesaikan, termasuk juga isu jenayah, kos sara hidup yang tinggi dan kualiti hidup di kawasan bandar," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.