Malaysia Bantah Tindakan Unilateral Selesai Konflik Syria

alt

NEW YORK, 29 Sept - Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah politik yang mencetus ketegangan di dunia Islam, bermula dengan Syria.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidaklah dapat dinyatakan dengan lebih tegas lagi tentang perlunya dilaksanakan proses politik inklusif yang diterajui Syria.

"Malaysia menentang sebarang tindakan unilateral bagi menyelesaikan konflik itu. Semua pihak mesti berusaha sama untuk menghasilkan satu penyelesaian politik," katanya dalam Kenyataan Nasional pada Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-68 di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata Malaysia menyambut baik Persetujuan Rangka Kerja AS-Russia baru-baru ini mengenai krisis Syria, mengutuk tanpa teragak-agak penggunaan senjata kimia, dan menggesa masyarakat antarabangsa memperhebat usaha untuk melihat semua opsyen diplomatik bagi perdamaian di bawah naungan PBB.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa menghasilkan visi dan azam politik untuk melaksanakan satu penyelesaian adil untuk Palestin.

"Kami sungguh berharap kemajuan ke arah wujudnya sebuah negara Palestin yang berdaya maju - berasaskan sempadan pra-1967, dan dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya - akan dicapai, dan AS dan anggota-anggota lain Quartet terus memain peranan mereka sebagai broker jujur dalam proses itu," katanya.
 
alt

Najib menjelaskan, hanya dengan wujudnya keamanan akan tercipta pembangunan dan digniti bagi rakyat Palestin.

Katanya,masyarakat antarabangsa harus terus fokus kepada membina masyarakat yang lebih mantap dan makmur, berdasarkan kedaulatan undang-undang dan amalan demokrasi.

"Arab Spring menunjukkan bahawa dunia Islam dahagakan perubahan.

"Kerajaan-kerajaan mesti menyahut seruan itu. Kita mesti menyediakan urus tadbir yang baik bagi menentang rasuah, mewujudkan pekerjaan bagi menangani kemiskinan, dan menghasilkan pertumbuhan lestari yang membina sebuah dunia penuh dengan peluang untuk warga kita.

"Kita mesti mewujudkan ekonomi dalam mana rakyat dapat memenuhi aspirasi mereka sendiri, dan bukan aspirasi ekstremis," ujarnya.

Beliau menegaskan, dengan bertindak menyelesaikan masalah politik mereka yang paling sukar, mereka boleh menamatkan segera penderitaan di Syria, di Palestin, dan di dunia lebih luas.

Ujarnya, dengan komitmen terhadap perjuangan untuk kesederhanaan, masyarakat Islam boleh mencapai sesuatu yang lebih hebat.

"Kita boleh menuntut kembali agama kita, memilih harmoni dan penerimaan daripada perpecahan dan konflik. Dan kita boleh menyiarkan visi Islam sebagaimana difahami oleh orang Islam di seantero dunia: sebagai agama keamanan, toleransi, dan kesederhanaan," kata Najib.

Najib juga berkata, apabila puak militan bertindak menyerang beberapa buah bas di Pakistan pada bulan lalu, seorang pelajar fahaman sunnah berusia 19 tahun bernama Ghulam Mustafa bangkit menegakkan visi seumpama itu.

Berdepan dengan lelaki bersenjata fahaman Sunna, beliau berkata membunuh pengikut syiah adalah salah.

"Ghulam ditembak mati, tetapi nyawanya tidak terkorban dengan sia-sia.

"Dengan senapang diacukan di kepala mereka, pengikut sunnah dalam bas itu enggan menunjukkan penumpang Shia yang ingin dibunuh oleh lelaki bersenjata itu.

"Ketika menentang, kita dapat melihat ukuran keberanian mereka, dan ujian keimanan sebenar.

"Di bawah tekanan yang sukar dibayangkan, menghadapi kemungkinan ancaman terbesar, mereka memilih untuk bangkit bersama saudara mereka. Mereka memilih perpaduan dan bukan perpecahan.

"Berdepan dengan tekanan yang sukar dibayangkan, dan kemungkinan ancaman terbesar, kita mesti tegakkan tekad untuk melakukan hal yang sama," katanya.

Najib juga berucap di Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Perlucutan Senjata Nuklear pada Khamis dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin lain dunia, selain menghadiri jamuan tengah hari dan malam dengan masyarakat perniagaan Amerika di luar UNGA.

Sebelum ketibaannya di New York pada Rabu, Najib melawat San Francisco dari 22-24 Sept bagi mempengerusikan mesyuarat agung tahunan ketiga Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dan melawat ibu pejabat kumpulan media sosial, Twitter, Facebook dan Google.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.