"Menang Tidak Bermakna Boleh Sembunyi Kebenaran" - David Dass

alt

KUALA LUMPUR 27 Sept - Keputusan mahkamah yang menerima permohonan parti DAP menolak injuksi bagi menghalangnya daripada mengadakan Kongres Khas parti itu tidak bererti dapat menafikan kebenaran.

Menurut plaintif A, David Dass, beliau secara peribadi dapat menerima keputusan itu dengan sikap terbuka namun percaya kebenaran pasti akan berada di pihaknya.

"Saya hormati keputusan ini namun kamu tidak boleh sembunyikan kebenaran untuk selama-lamanya," katanya kepada RakyatNews selepas mendengar keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Rosnaini Saub menerima permohonan menolak injuksi bagi menghalang parti DAP daripada mengadakan Kongres Khas parti yang dijadualkan Ahad ini.

David memfailkan permohonan itu pada 10 September lalu bagi menuntut perintah injunksi menghalang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan DAP daripada mengadakan kongres khas pada 29 September ini atau pada bila-bila tarikh kemudian untuk melantik CEC.

Selain injunksi, David memohon beberapa deklarasi supaya mahkamah mengisytiharkan pelantikan 20 ahli CEC hanya boleh dibuat melalui pemilihan dalam Kongres Kebangsaan Parti menurut Fasal VIII Perkara 5(d) Perlembagaan Parti.

Karpal Singh sebagai peguam bagi Guan Eng dan parti bagaimanapun memohon supaya permohonan injunksi pihak plaintif ditolak memandangkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan tuntutan mahupun permohonan tersebut.

David yang juga Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban berkata, beliau hanya mahu melihat pemilihan parti berada dalam suasana yang telus.

"Saya bawa kes ini ke mahkamah kerana kita mahukan pemilihan yang bersih. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) suruh adakan pemilihan semula iaitu Kongres Kebangsaan, bukannya Kongres Khas," katanya.

Jelas beliau, seramai 753 perwakilan sewajarnya mendapat hak mereka daripada dinafikan bahkan penyelewengan dalam pengiraan undi pada pemilihan parti Disember tahun lalu tidak sepatutnya berlaku.

"Bukan saja ada penyelewengan dalam pengiraan undi tetapi juga dalam pemberian notis. Jika kamu adil, kamu beri ruang kepada 753 ini untuk ambil bahagian. Semalam saya terima satu lagi notis untuk panggilan kongres bersamaan dengan kenyataan dalam empat bahasa. Malah disertakan sekali dengan 'cerita' kepada delegasi seperti kempen. Jika kamu mahu berkempen, kamu perlu memberitahu semua orang dan bukan kepada delegasi sahaja," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Guan Eng yang mendakwa Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman sebagai individu yang menjalankan agenda Barisan Nasional (BN), David memberitahu dirinya juga pernah dilemparkan dengan berbagai tuduhan tidak berasas.

"Sebelum ini mereka juga pernah mengatakan saya kawan baik dengan ROS," katanya.

Selain daripada itu David yakin dapat membuka mata akar umbi apabila kebanyakkan daripadanya akan berani ke depan dalam menuntut hak mereka.

"Mereka (pimpinan tertinggi DAP) tidak menjangkakan akar umbi akan sampai ke tahap ini. Akar umbi sudah tahu cara bagaimana mahu menuntut hak mereka," katanya

         
           

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.