KUALA LUMPUR 23 Sept - Kadar jenayah yang menurun sekaligus menjadikan status jenayah dalam negara masih terkawal dan tidak membimbangkan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, fakta yang jelas itu juga dapat dibuktikan dengan keberkesanan anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan langkah-langkah banteras jenayah.
"Status jenayah dalam negara masih terkawal dan tidak membimbangkan walaupun mereka di sebelah sana (pembangkang) memberi gambaran sebaliknya.
"KDN dan PDRM gempur kongsi gelap dan gensterisme.
"Sejak 17 Ogos lalu dalam Op Cantas seramai 7200 individu terlibat dan 4 geng ditangkap," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng yang bertanyakan soalan mengenai isu jenayah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun yang demikian jawapan menteri itu tidak menepati citarasa YB Bagan yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu apabila membangkitkan soal 3 aspek utama dalam isu melibatkan jenayah.
"Saya tidak bersetuju dengan jawapan menteri.
"Kita lihat pada 3 bahagian. Cegah, keanggotaan yang memberi fokus kepada jenayah dan kamera litar tertutup (CCTV) yang perlu penambahan," ujar beliau.
Lantas itu, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu memberitahu, sememangnya terdapat jawatan baru untuk penambahan anggota terutamanya melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang memberi fokus dalam penyiasatan.
Tambah beliau, dengan adanya penambahan ini maka dapat mengisi kekurangan anggota.
"Pada dasarnya kerajaan telah meluluskan sebanyak 4000 perjawatan baru mulai tahun 2012 sehingga 2015 untuk memperkasakan lagi perkhidmatan polis kepada masyarakat. Pertambahan ini tidak termasuk kekosongan yang disebabkan persaraan dan berhenti kerja.
"Dengan adanya pertambahan ini dapat mengisi masalah kekurangan anggota termasuk di Kontinjen Pulau Pinang," katanya.
"Jenayah banyak penurunan, tapi apa yang penting adalah soal jenayah ini bukan terletak dibahu kerajaan sahaja, ia perlu ditangani secara bersama (kerajaan dan pembangkang).
"Sebuah badan penyiasatan dalaman PDRM sedang dilaksanakan. Soal CCTV saya mohon kerajaan dibawah pemerintahan pembangkang juga turut sama untuk menyediakan CCTV. Saya yakin negeri Pulau Pinang akan memulakan langkah ini," ujarnya.
Zahid juga mengajak pimpinan di kalangan pembangkang supaya dapat bersama- sama berganding bahu bersama kerajaan bagi menangani isu berkaitan jenayah dalam negara.

0 comments:
Post a Comment