"Ramai Yang Layak, Diyakini Terajui DAP" - Koo Ham

alt
 
PETALING JAYA 30 Sept - Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berpendapat terdapat ramai individu yang berkelayakan tinggi dan diyakini mampu menerajui parti DAP untuk masa depan.
 
Menurut Koo Ham turut berpendapat bahawa persaingan dalam parti untuk merebut jawatan semata-mata tidak penting kerana ramai individu yang berkelayakan untuk menerajui parti itu.
 
"Bagi saya, persaingan dalam merebut jawatan di dalam parti tidak penting, kerana apa yang saya lihat semakin ramai orang yang berkelayakan tinggi untuk menerajui DAP di masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas mendengar keputusan rasmi 20 ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di Kongres Khas DAP semalam.
 
Beliau yang mendapat kedudukan di tangga ke 20 dengan undian sebanyak 809 undi itu turut berkata golongan muda dalam parti yang dilihat mampu membawa parti dengan baik.
 
Menjawab pertanyaan pemberita mengenai kemerosotan undi melibatkan beberapa calon dalam pemilihan kali ini beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Baruas itu berkata ia tidak membuktikan bahawa ia sebagai proses yang menyeleweng.
 
"Hanya fakta bilangan undi yang menunjukkan perbezaan berbanding pemilihan lalu namun ia masih bebas dan adil serta tiada yang digelar sebagai 'dikawal'," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.