Menang Tanpa Tanding : Khairy Kekal Timbalan Ketua Umno Rembau

alt
 
KUALA LUMPUR 21 Sept - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau setelah tiada borang pencalonan lain diterima bagi jawatan itu sehingga tempoh penyerahan tamat pada 5 petang ini.
 
Khairy yang ketika ini menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Rembau menghantar borang pencalonan menerusi wakilnya pada pukul 8 pagi kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri di Wisma Umno, di sini.
 
Beliau juga dijangka mempertahankan jawatannya selaku Ketua Pemuda UMNO peringkat pusat pada pemilihan nanti.
 
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.