Anwar Dakwa PPEB Untuk Kepentingan Kroni BN

alt
 
 
KUALA LUMPUR 24 Sept - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PPEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sebagai langkah kepentingan untuk anak dan kroni Barisan Nasional (BN).
 
Menurut Anwar, dasar yang diumumkan Najib itu bukan untuk membantu golongan Bumiputera yang miskin bahkan hanya untuk kepentingan anak serta kroni UMNO dan BN.
 
“Kita tidak pernah menyangkal hak dan kedudukan tersebut. Namun begitu apa yang kita tentang ialah keistimewaan yang diberikan kepada kumpulan Melayu yang kaya menjadi semakin kaya serta berbilion dianugerahkan kepada anak Menteri,” kata Anwar.
 
“Sokongan kita berikan sekiranya kekayaan ini diberikan kepada orang Melayu yang miskin untuk menaikkan taraf hidup dan menseimbangkan kedudukan ekonomi masyarakat yang ketara jurang perbezaannya. Bukannya untuk mengkayakan anak sendiri,” kataya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Kepedulian Kemanusiaan Global yang diadakan di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, Pulau Pinang 16 September lalu.
 
Sebelum ini, Najib mengumumkan pakej bernilai RM30 bilion, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.
 
Tambah Anwar, Pakatan Rakyat termasuk DAP sebelum ini menyokong hak keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.