KUALA LUMPUR 20 Sept - Anggota Umno Cawangan Bendang Baru, bahagian Langkawi , Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi membuat keputusan untuk mencabar Khairy Jamaluddin bagi merebut kerusi Ketua Pemuda pada pemilihan Oktober ini.
Sebelum ini, Akhramsyah yang juga merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah dan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid,membuat kenyataan melalui blognya, http://www.thoughtsintangents.blogspot.com. menawarkan diri untuk mencabar Khairy.
Ditanya pemberita adakah keputusannya ini merupakan proksi kepada mana-mana pihak bagi mencabar Khairy, Akhramsyah menafikannya.
"Tidak, tidak...saya tidak berada di kem mana-mana pihak.
"Kalau nak katakan saya sebagai proksi, ya...saya memang proksi akar umbi yang mahukan perubahan," katanya.
Sebelum ini timbul dakwaan yang mengatakan keputusannya menawarkan diri bertanding menentang Khairy merupakan agenda politik yang dikaitkan dengan pertembungan dua bekas Presiden Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum ini, tiada anggota Umno yang dilaporkan akan mencabar Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, sebagai Ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2009.
Pada pemilihan parti 2009, Khairy memperoleh 304 undi dengan mengalahkanDatuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (254 undi) dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (232 undi).
Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini.
0 comments:
Post a Comment