Harga RON97 Naik RM2.85 Seliter

alt

KUALA LUMPUR, 4 Sept. - Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama malam tadi.

Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US).

RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.

Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada AS$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.