Ku Li Mahu Bertanding Jawatan Tertinggi Umno

alt

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan lagi jawatan yang bakal dipertaruhkannya walaupun terdapat spekulasi mendakwa dirinya bakal mempertaruhkan jawatan Presiden Umno menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hasrat (bertanding) itu ada, tapi untuk bertanding jawatan apa saya belum tahu.

"Sehingga sekarang belum ada apa-apa keputusan dibuat, tunggulah sehingga hari penamaan calon nanti," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ku Li menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang bagi membuka peluang kepada generasi baru di kawasan tersebut.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.