KUALA LUMPUR 1 Sept - Speaker Tetap MIC yang mengetuai Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri K. Kuraman hari ini mengumumkan Presiden parti itu, Datuk Seri G. Palanivel mengekalkan jawatannya.
Palanivel menang tanpa bertanding selepas selepas penamaan calon ditutup, hanya seorang sahaja dicalonkan iaitu Palanivel dengan 617 pencalonan.
"Palanivel akan memegang jawatan Presiden MIC selama tiga tahun (sehingga 2016) atau sehingga pemilihan baru presiden parti diumumkan," katanya di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.
Proses penamaan calon Presiden MIC dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari Ahad.
Jawatan Presiden MIC dipilih oleh 3,702 pengerusi cawangan di seluruh negara.
Palanivel yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memegang jawatan Presiden MIC sejak Disember 2010.
Beliau mengambil alih jawatan presiden parti selepas Datuk Seri S. Samy Vellu berundur setelah memegang jawatan itu selama 31 tahun.
0 comments:
Post a Comment