Pengumuman Agenda Melayu Telus Dan Terancang

alt
SHAH ALAM 14 September - Pengumuman Agenda Melayu Bumiputera yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah telus, terbuka dan juga terancang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkta, perbincangan tentang pekara ini telah dibincangkan 2-3 tahun sebelum ini melalui pendirian-pendirian dan kenyataan pada perhimpunan UMNO sebelum ini.

"Apa yang diumumkan pagi ini merupakan satu pekara yang bersejarah. Isunya sekarang ialah bagaimana kita dapat lihat perlaksaan ini.

"Perlaksaan itu juga diumumkan oleh Datuk Seri Najib melalui majlis yang dipengerusikan oleh beliau sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di sini, hari ini.

Jelas Hishammuddin, agenda ini turut dipantau oleh Perdana Menteri sendiri serta barisan yang telah dikenalpasti agar agenda ini dapat mencapai sasaran.

"Saya lihat hari ini bukan saja telus tapi mempunyai satu pembaharuan politik yang amat tinggi yang dipantau Datuk Seri Najib sendiri dan barisan yang akan dikenalpasti atau pun yang telah dikenalpasti supaya agenda ini betul-betul dapat mengecapi matlamat yang telah ditetapkan.

"Dua pihak bouncer sendiri orang melayu bumiputera, saya percaya kalau kita tidak sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk tampil sesama kita mengsaksikan sesuatu dimana kalau mereka tidak kehadapan ada orang-orang melayu bumiputera lain mampu mengisi tempat mereka," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.