Chua Soi Lek : "Saya Bukan Diktator"

alt

KUALA LUMPUR, 11 Sept - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan dirinya seorang diktator seperti yang didakwa oleh Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kepimpinan yang diamalkannya sentiasa membuka peluang dan platform untuk menyatakan pendirian kepada kesemua ahli di peringkat akar umbi.

"Saya faham perasaan Liow. Dia mungkin marah kerana beberapa keputusan yang dibuat tidak disukainya.

"Orang cakap ada pemimpin yang menunjukkan kualiti mereka ketika krisis.

"Ada yang tersenyum dan ada juga yang menjadi garang, walaupun sebelum ini mereka tidak pernah berkelakuan sedemikian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Wisma MCA di sini semalam.
Sementara itu, beliau menjelaskan, MCA akan mendapatkan pandangan undang-undang tentang sama ada mesyuarat agung luar biasa (EGM) seperti dicadangkan Timbalannya boleh diadakan.

Katanya, pucuk pimpinan parti perlu meneliti permintaan bagi diadakan EGM untuk membincangkan, antara lain, pembatalan penggantungan tiga tahun ke atas anggota exco negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong, kerana ini melibatkan isu perundangan dan teknikal.

"Perkara terlibat termasuk penetapan waktu untuk diadakan EGM, dengan mengambil kira bahawa pemilihan bahagian parti dijadual berlangsung pada 22 Sept bagi memilih perwakilan pusat MCA yang baru," katanya.

Semalam, Liow dan 13 anggota lain jawatankuasa pusat (CC) MCA meminta diadakan EGM dalam masa tujuh hari, dengan menyatakan bahawa pembatalan penggantungan Tee oleh CC bertentangan dengan resolusi parti dibuat pada 2011 dan 2012.

Menurut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan dalam tempoh 21 hari selepas pengeluaran notis kepada perwakilan pusat.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.