Calon Ketua Wanita : Azalina Tarik Diri?

alt
KUALA LUMPUR 10 Sept - Rebutan jawatan Ketua Wanita UMNO dijangka tidak berlaku ekoran desas desus mengatakan bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Seriu Azalina Othman akan mengumumkan penarikan dirinya dari mencabar penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalill.

Menurut sumber sayap tersebut, Azalina dikatakan akan membuat pengumuman tersebut pada 20 September akan datang bagi menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding.

“Beliau adalah seorang yang sayangkan UMNO. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” menurut sumber dalaman itu.

Azalina berlaku sedemikian ekoran tidak mahu melihat pergerakan Wanita UMNO berpecah dan meretakkan hubungan parti yang juga merupakan salah satu teras parti.

Beliau juga difahamkan telah dinasihati Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menimbangkan semula hasrat beliau.

Azaloina sebelum ini menjadi sasaran kritikan bebrapa pihak yang menganggap beliau sebagai calon yang tidak sesuai ekoran beliau belum lagi berumahtangga untuk meneraju tampok sayap wanita UMNO.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan, wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat  jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.