GAPS Mahu Kerajaan Selangor Pikul Masalah Air



KUALA LUMPUR 1 Sept - Krisis air yang melanda Lembah Klang perlu dipikul bersama kerajaan Selangor ekoran pencemaran sungai yang menyebabkan bekalan air terputus adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata, adalah merupakan tanggungjawab penuh kerajaan negeri untuk memulihara sungai yang menjadi punca utama bekalan air kepada loji tadahan dan rawatan air.

"Exco alam sekitar selangor Elizabeth wong perlu jelaskan kepada rakyat selangor.

“Adalah tidak bertanggungjawab bila pihak berkuasa negeri menuding jari kepada syarikat pembekal air dan pihak loji rawatan sedangkan memelihara sungai bukan lah bidang kuasa mereka. Mereka tak boleh proses air kalau sungai tercemar teruk,” katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.
                                                    alt


Hamidzun berkata demikian bagi mengulas krisis air yang melanda sebahagian besar kawasan di Selangor serta di Kuala Lumpur akibat tumpahan diesel di Sungai Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu lebih bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku di dalam negerinya sebelum menunding jari kepada pihak lain.

"Ketika rakyat sedang menyambut hari kemerdekaan dan umat islam sedang banyak aktiviti rumah terbuka dan kenduri kahwin, rakyat dihadiahkan dengan sifat angkuh kerajaan negeri yang terus menuding jari kepada orang lain dan melupakan tanggungjawab nya memberikan perkhidmatan air bersih kepada rakyat," katanya.

Tambah beliau, kerajaan Selangor perlu sedar akan kepentingan projek Langat 2 dan tidak berlengah dengan bermain politik ekoran isu air merupakan perkara keperluan.

"Loji Langat 2 adalah jawapan yang tuntas kepada kemelut air selangor yang kini hanya miliki rezab 2% air bersih. Bila ada krisis air seperti yang terjadi dalam minggu ini barulah semua orang terkangkang," tegasnya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.